Kukus VS Goreng : Yang Mana Lebih Sihat?

Rasa makanan tidak semestinya menunjukkan komposisi nutrisi makanan tersebut. Sesetengah individu memilih untuk menggunakan cara yang berbeza untuk menyediakan hidangan, tetapi pakar pemakanan telah membuktikan cara masakan yang mampu menghasilkan makanan yang lebih sihat berbanding yang lain.

 

Bergantung kepada jenis makanan, cara masakan seperti goreng, kukus, stew dan rebus sepatutnya digunakan berselang – seli, menurut pakar nutrisi dan pemakanan.

 

“Kerap kali seseorang memasak sayur terlalu lama dan menggunakan amaun air yang banyak, akan tetapi cara itu adalah salah” kata King Faisal Hospital pakar nutrisi Rene Tabaro.

 

Dia menjelaskan bahawa ianya penting untuk mengambil berat tentang jumlah air yang digunakan kerana sayuran mengandungi kedua – dua vitamin yang larut di dalam air dan di dalam lemak, yang mana kedua – duanya bertindak secara berbeza apabila didedahkan dengan suhu panas dan air.
“Jika direbus ke dalam air panas untuk masa yang lama, vitamin yang larut di dalam air seperti vitamin B dan C akan hilang ke dalam cecair, bermaksud tidak ada apa lagi yang tinggal di dalam sayuran kecuali fiber,” dia menjelaskan.

 

Sebaliknya dia mencadangkan supaya sayuran dimasak dengan cara dikukus berbanding direbus.

 

Joseph Mbabazi, seorang pakar nutrisi di Kigali, menerangkan bahawa mengukus sepatutnya dilakukan dalam keadaan suhu berkadaran, kurang menjejaskan atau merosakkan vitamin yang terkandung.

 

“Ia adalah baik untuk membalut sayuran di dalam balutan aluminium dan meletakkan ia ke atas makanan ataupun kuali yang berliang, tetapi suhu itu haruslah berkadaran cukup hanya untuk melembutkan sayuran tersebut,” kata Mbabazi.

 

Dia juga tidak setuju dengan tindakan mengukus secara sembarangan, menggunakan ketuhar mikro dan merebus, kerana ia tidak memberi manfaat.

 

Malahan, kajian telah dibuat mengenai cara penyediaan brokoli dan mendapati bahawa sekiranya seseorang tidak memasaknya dengan cara yang betul, tindakan itu adalah sia – sia.

 

Para saintis dari American Institute for Cancer Research Annual Research Conference mendapati bahawa brokoli akan kehilangan kemampuannya untuk melawan kanser sekiranya ia direbus atau dimasukkan ke dalam ketuhar mikro.

 

Menurut saintis – saintis ini, cara terbaik untuk memasak brokoli adalah dengan cara mengukusnya di antara 3 ke 4 minit sehingga ia berubah kepada warna hijau terang.

 

Dengan cara ini ia akan menambah baik kemampuannya untuk melawan kanser. Brokoli adalah sumber yang amat baik untuk mendapatkan sulforaphane, yang merupakan kompaun tumbuhan yang terbukti mampu menjadi pencegah kanser.

 

Klik sini untuk membaca mengenai “Menggoreng Cara Yang Betul”

 

Sumber : http://www.newtimes.co.rw/section/article/2015-11-16/194416/

Advertisements