Menggoreng : Cara yang betul?

Walaupun kebanyakan orang lebih suka menggoreng makanan kerana ia lebih mudah dan tidak memakan masa yang panjang untuk disediakan, mereka tidak mengambil berat tentang bahaya menggoreng secara berlebihan.

 

Makanan sepatutnya diletakkan di dalam minyak apabila ia sudah mencapai suhu yang betul ataupun apabila ia mengeluarkan asap, di mana sesetengah kompaun boleh terurai.

 

“Selepas memasukkan makanan, menggoreng sepatutnya dilakukan tidak berlebihan sehinggan menampakkan kehitam – hitaman pada makanan. Partikel ini adalah sesuatu yang asing untuk badan manusia dan tidak boleh dicerna. Kebanyakan kajian mengaitkan ia dengan kanser,” tambah Mbabazi.

 

“Lemak adalah tidak baik akan tetapi tubuh kita memerlukan lemak, memandangkan lemak menyumbangkan tenaga yang paling banyak untuk tubuh kita. Semua individu patut menggunakan minyak soya, minyak zaitun, atau minyak bunga matahari yang mengandungi asid linoleik dan linolenik yang tinggi dan penting untuk badan,” Tabaro mengutarakan.

 

Sebaliknya, Audrey Mutabazi, konsultan makanan, mengatakan bahawa daging lebih lazat apabila digoreng berbanding dimasak dengan cara lain.

 

“Ketika menggoreng daging, rasa dan warna daging menjadi lebih baik dengan sangat ketara, akan tetapi daging yang di stew akan mempunyai fiber yang telah dilembutkan, kurang lemak dan lebih bernutrisi,” Mutabazi menerangkan dengan lebih jelas.

 

Dia menambah, apabila menyediakan daging ia sepatutnya dicampurkan bersama bahan perasa seperti lobak merah dan bawang untuk menambah baik ciri – ciri antioksidan.

 

Juga menurut kata Tabaro, antioksidan ini menghapuskan radikal di dalam badan, di mana jika dibiarkan ia mampu membentuk kanser.

 

Sumber : http://www.newtimes.co.rw/section/article/2015-11-16/194416/

Advertisements

One thought on “Menggoreng : Cara yang betul?

  1. Pingback: Kukus VS Goreng : Yang Mana Lebih Sihat? | KCH Steam burger

Comments are closed.