Rakan Gim : 6 Sebab Mengapa Anda Perlukannya !

Anda pasti pernah terfikir mengenai rakan gim, tetapi anda berasa kurang pasti adakah ia membawa kebaikan kepada anda atau sebaliknya?

 

Berikut adalah “6 sebab mengapa anda perlu ada rakan gim”!

 
1. Anda akan lebih bersemangat dan bermotivasi
Rasa malas untuk “work out” selepas waktu kerja? Dan pastinya untuk membatalkan rancangan yang anda buat sendiri adalah mudah, tetapi untuk berbuat sedemikian dengan kawan yang perlukan anda di gim?
Anda akan lebih cenderung untuk meneruskan rancangan sekiranya bersama dengan rakan gim anda, berbanding rancangan yang anda akan buat sendirian.
Setelah 3 – 4 minggu ia berterusan maka ia akan menjadi satu tabiat yang baru, dan anda tidak akan terfikir untuk membatalkan rancangan yang anda buat bersama rakan gim. (Akan tetapi sekiranya rakan gim anda yang selalu membatalkan perancangan, anda perlumengambil tindakan untuk menukar rakan gim anda).

 
2. Sesi latihan anda akan jadi lebih menarik
Dengan mempunyai rakan gim, anda boleh mengadakan sesi latihan lebih sukar seperti cardio dengan kadar laju bersama rakan gim, yang mana aktiviti seperti ini boleh menaikkan kadar degupan jantung anda. Ia lebih baik dilakukan bersama rakan gim berbanding melakukannya seorang diri.
Anda dan rakan gim anda juga boleh belajar dan mengajar secara bergilir – gilir, sekiranya terdapat langkah – langkah yang baru untuk dikongsikan. Badan anda akan jadi lebih efisyen terhadap gerakan yang sama, jadi semakin banyak anda mengubah corak work out anda, semakin mudah untuk tubuh anda memberi tindak balas.

 

 

3. Anda akan berlatih dengan lebih gigih
Setiap kali anda ada sesi work out bersama orang lain, anda pastinya lebih cekal berbanding sesi work out yang dilakukan seorang diri.
Anda tidak akan suka ketinggalan di belakang rakan gim anda. Jadi tips yang penting untuk memilih rakan gim, adalah mendapatkan rakan gim yang mempunyai tahap yang lebih kurang sama seperti anda sendiri.
Sekiranya anda berada di tahap yang sama, anda dan rakan gim anda boleh memaksa sesama sendiri untuk berlatih lebih gigih. Anda akan cuba untuk pergi lebih jauh sekiranya rakan gim anda belum berhenti, walaupun anda dalam keadaan yang sangat penat. Dan begitu juga sebaliknya.

 

 

4. Anda akan mampu untuk membayar pelatih persendirian
Sesetengah pelatih persendirian memberikan harga yang lebih murah untuk mereka yang berlatih secara pasangan. Ini akan membolehkan anda berkongsi untuk mendapatkan pelatih persendirian.

 

 

5. Anda akan sentiasa diawasi
Dalam situasi di mana anda mahu menghabiskan set dengan rep ke-10 kerana anda tidak yakin untuk melakukan rep yang ke-11, anda tidak perlu risau mengenai perkara tersebut sekiranya anda mempunya rakan gim anda.
Rakan gim anda juga boleh memeriksa posisi badan dan teknik yang betul dalam ketika anda sedang work out.

 

 

6. Anda akan jadi lebih fit dengan lebih cepat
Kajian menunjukkan bahawa and mampu “mendapatkan” obesiti sama seperti tabiat merokok, bergantung kepada kenalan sosial anda. Pakar menyatakan bahawa risiko untuk anda menjadi gemuk meningkat sebanyak 2% untuk setiap 5 orang kenalan yang gemuk mereka kenali.
Yang menarik mengenai fakta ini adalah ia juga berkesan jika digunakan sebaliknya. Individu yang gemuk akan cenderung untuk mempunyai berat badan berkurangan jika mereka kerap bersama dengan kenalan yang sihat dan fit, bahkan semakin banyak mereka bersama maka semakin banyak berat akan kurang bagi individu yang gemuk.

 
Sumber : http://www.mensfitness.com/training/pro-tips/6-reasons-work-out-partner

Advertisements