Berapakah Jumlah Kalori Harian Yang Anda Patut Dapat?

Di dalam diet yang sihat dan seimbang, seorang lelaki perlu mendapatkan 2500kcal sehari untuk mengekalkan berat badan, manakala perempuan perlu mendapatkan 2000kcal sehari.

Jumlah ini bergantung kepada umur, metabolisma dan aktiviti fizikal yang dilakukan, berbanding perkara lain.

APAKAH ITU KALORI?

 

Kalori adalah sukatan untuk tenaga yang terkandung di dalam makanan dan minuman. Jumlah tenaga yang badan anda perlukan bergantung kepada :

  1. Umur – sebagai contoh, kanak – kanak yang sedang membesar perlukan lebih banyak tenaga berbanding orang dewasa.
  2. Gaya hidup – aktiviti harian yang anda lakukan, sama ada aktif atau kurang aktif. (Klik untuk membaca mengenai “Rakan Gim : 6 Sebab Mengapa Anda Perlukannya”)
  3. Saiz – tinggi dan berat anda mempengaruhi penggunaan tenaga dengan cepat

 

Faktor lain juga mempengaruhi penggunaan tenaga, seperti :

  1. Hormon – contohnya thyroid hormones
  2. Ubat – sebagai contoh steroid yang digunakan untuk mencairkan kahak
  3. Keadaan kesihatan

 

Kalori dan kilokalori (kcal)

 

Kalori kebiasaannya digunakan sebagai singkatan untuk kilokalori (kcal). Anda akan mendapati ia tertulis di bungkusan – bungkusan makanan.

Manakala kilojoule (kJ) adalah sama seperti kilocalori (kcal), ia merupakan unit yang digunakan di dalam International System. 1 kcal adalah bersamaan dengan lebih kurang 4.2kJ.

MENGEKALKAN BERAT YANG SEIMBANG

 

Untuk mengekalkan berat yang sihat, anda harus mempunyai pengambilan makanan dan minuman mengikut jumlah kalori yang diperlukan oleh badan bergantung kepada faktor – faktor yang telah dinyatakan di atas.

Asasnya, untuk mengurangkan berat badan anda harus menggunakan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang diperolehi dari makanan dan minuman anda seharian, dengan cara mengamalkan diet yang seimbang dan sihat sambil menambahkan aktiviti harian supaya menggunakan lebih banyak tenaga.

MENAMBAHKAN BERAT BADAN

 

Berlawanan dengan cara di atas, sekiranya anda bercadang untuk menambahkan berat badan, jadi anda perlu menambahkan pengambilan kalori melebihi keperluan badan anda. 

Untuk mengetahui cara yang lebih sihat dan penerangan yang lebih lanjut mengenani pengurangan dan penambahan berat badan, dapatkan khidmat nasihat dari pakar nutrisi atau doktor.

Link ini akan membantu anda untuk mendapatkan kiraan kalori yang anda perlukan, sama ada mengurangkan, mengekalkan, atau menambahkan berat badan anda, beserta cadangan hidangan yang berpatutan dengan objektif anda. (calorie calculator)

Klik untuk membaca mengenai “20 Penyakit Berkaitan Obesiti”